Pelawak dan pelakon popular, Shamsul Ghau-Ghau berkongsi gambar nostalgia ketika bersama anggota beruniform sempena sambutan Hari Polis Ke-211, hari ini.

Mungkin masih ramai peminat hanya mengenali Shamsul sebagai pelakon yang banyak membintangi pelbagai drama dan filem.

Namun, sebelum dia menceburi bidang seni menerusi program nyanyian ketika era 90-an, dia juga pernah menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Shamsul yang kini lebih banyak terbabit dalam aktiviti berdakwah dan bisnes minyak wangi jenama sendiri berkongsi sekeping gambar di Instagramnya ketika dia bersama pasukan anggota keselamatan itu.

Selamat Hari Polis Ke 211 #polisduludulu #minyakwangishamsulghaughau #jomngaji #dakwahsampaimatI #niatdakwah #sempoibaqhang Jom follow IG Olyntia @olyntiaofficialmy Pak Su nak bagi hadiah 10 botol Minyak Wangi Ghau Ghau Bau Dia....

A post shared by Shamsul Ghau Ghau (@paksu_shamsul_ghaughau) on

Mengimbau kenangan silam, Shamsul yang berasal dari Kubu Gajah, Selama, Perak pernah membayangkan dirinya sebagai Eric Estrada iaitu pelakon yang melakonkan watak anggota polis trafik dalam drama popular Hollywood, Chips.

Pengalaman yang ditimba tidak semudah disangka. Latihan fizikal selama enam bulan ketika itu dianggap paling menyeksakan.

Malah, Shamsul pernah mencuba nasib menjalani latihan pemilihan pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) tetapi tidak sanggup teruskan kerana latihan yang sangat mencabar.

Bakat seninya bermula selepas dia dipilih menyertai pasukan muzik di pusat latihan polis itu selain berbakat dalam bermain dram dan menyanyi.

Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @paksu_shamsul_ghaughau
Sumber: Utusan Malaysia