Penyanyi Kaka Azraff bersama pelakon popular, Ashraf Muslim buktikan golongan selebriti sanggup turun padang jayakan aktiviti kemasyarakatan.

Jarang sebenarnya masyarakat dapat melihat pembabitan artis dalam aktiviti yang bukan bersifat hiburan atau mempunyai bayaran.

Selalunya, artis sibuk dengan kerja seni mereka tidak kira penyanyi atau pelakon.

Bagaimanapun, sikap yang ditunjukkan Ashraf dan Kaka ada baiknya dicontohi golongan selebriti lain agar meluangkan masa seketika berbakti pada masyarakat.

Menerusi perkongsian status Ashraf di akaun Instagram miliknya, dia memuji sikap rajin selebriti yang terbabit dalam program Maju Bersama Negaraku termasuk artis wanita kelihatan anggun dengan imej bertudung dalam acara tersebut.

Hermmmm.. elok rupanya dierg pakai tudung. Heheh.. tadi nampak @kakaazraff paling rajin mengecat tiang pondok kubur dan @yoyocheow dan @rachelang0512 bab menyapu daun2 kering memang pandai bg dierg.. so yg sedang tgk post saya ni bila plak nak sumbangkan diri dgn masyarakat? Sukarelawan? Ringan2lah tulang anda.. cari lah masa yer. . . . #Negaraku #MajuBersamaNegaraku @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #salamsayangsampaikesyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Katanya, Kaka antara selebriti paling rajin dalam program itu seperti mengecat tiang pondok kubur.

Kaka pula memberitahu, mereka terbabit dalam satu aktiviti gotong royong sebagai sukarelawan bersama penduduk kampung.

"Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan untuk masa akan datang," katanya menerusi Instagram miliknya.

Selesai sudah aktiviti bergotong royong di Masjid Jamek Kg Rambah. Apa yang saya boleh katakan dengan adanya program seperti ini dapat memupuk semangat sukarelawan diantara penduduk kampung dan masyarakat setempat.Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan untuk masa yang akan datang... Mari #majubersamanegaraku #negaraku @mynegaraku

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @kakaazraff @ashrafmuslim