Jahatnya! Akaun Instagram Digodam, Lufya Tukar Nama

23 Mac 2018. 2.02 PM
2,993
Hiburan
Jahatnya! Akaun Instagram Digodam, Lufya Tukar Nama
Bekas peserta Akademi Fantasia 6, Lufya Omar menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam akaun media sosialnya.

Kesannya, penyanyi itu hilang gambar dan video yang telah dimuat naik sebelum ini.

Bagaimanapun, Lufya berjaya mendapatkan semula akaun tersebut dan telah menukar nama Instagramnya daripada @lufyaluvya kepada @lufyahaura.

"Alhamdulillah baru mendapat semula akaun Instagram saya. Tukar nama kepada @lufyahaura, syukur Alhamdulillah kepada yang membantu.

"Jahatnya orang yang godam Instagram Fya ini, dia delete semua gambar Lufya dan unfollow semua kawan-kawan Lufya.

"Bagi yang sudah merajuk sebab di-unfollow itu bukan kerjaya Fya. Maaf banyak-banyak," tulisnya.

Nama @lufyahaura merupakan gabungan namanya dan puteri sulungnya, Laana Haura.

Sehingga kini sejak memperoleh semula akaun Instagramnya, Lufya hanya sempat memuat naik tiga keping foto dalam media sosial tersebut.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @lufyahaura

Artikel Berkaitan