Pelakon Ramona Zamzam mengakui tidak puas apabila berlakon dalam filem arahan pengarah Syafiq Yusof, KL Special Force.

Ramona Zamzam atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkata, sebagai seorang pelakon, dia mahukan satu karakter yang lebih lasak dan mencabar dirinya.

"Saya bersyukur kerana Syafiq memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa watak aksi dalam filem ini.

"Walaupun tak puas sangat sebab saya mahukan karakter yang lebih lasak dan mencabar kemampuan diri saya yang sebenar.

"Saya sebenarnya dah lama idamkan watak aksi kerana sebelum ini banyak menerima tawaran membawakan watak antagonis atau perampas sahaja.

"Diharapkan agar KL Special Force adalah permulaan baik untuk saya dan membuka mata ramai penerbit dalam menawarkan watak aksi kepada saya," katanya kepada Astro Gempak.

Ramona berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Ramona Zamzam filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Fattah Amin, Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang.