Selepas 10 Bulan Jalani Latihan Ketenteraan, Ini Wajah Terbaru Lee Min Ho

Hiburan
Selepas 10 Bulan Jalani Latihan Ketenteraan, Ini Wajah Terbaru Lee Min Ho
Wajah terbaru pelakon Korea terkenal, Lee Min Ho yang sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan menarik perhatian peminat.
 
Foto tersebut dirakamkan ketika Lee Min Ho sedang mengambil gambar rasmi bersama rakan sepasukannya di pusat latihan tentera.
 
Bagaimanapun foto tersebut kini menjadi bualan peminat apabila Min Ho yang memakai pakaian tentera kelihatan sihat dan sedikit berisi.


 
Perubahan Min Ho itu ternyata mengejut para peminatnya dan mereka tidak menyangka fizikal aktor kesayangan mereka itu berubah dengan cepat.


 
Dalam pada itu, Min Ho juga telah memuat naik beberapa siri foto di akaun Instagram (IG)nya minggu lalu.
 
Foto tersebut dimuat naik oleh Min Ho sebelum menjalani latihan asas ketenteraan selama empat minggu bermula 15 Mac lalu.
 
 

A post shared by L (@actorleeminho) on

Min Ho bakal menamatkan khidmat ketenteraannya pada May 2019.
 
Sumber: Allkpop
 

Artikel Berkaitan