“Doktor Cakap ‘No Burung See’- Norman Hakim, Memey Tak Kisah Jantina Anak

22 Mac 2018. 7.59 PM
53,130
Hiburan
“Doktor Cakap ‘No Burung See’- Norman Hakim, Memey Tak Kisah Jantina Anak
Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza akui tidak kisah tentang jantina anak ketiga mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
 
Menurut Norman, dia lebih mementingkan kesihatan bayi di dalam kandungan isterinya yang kini berada dalam trimester kedua.
 
Norman memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagram (IG)nya harini.
 
Aktor itu memuat naik satu foto beserta hashtag ##22minggu2hari #DocCakapNoBurungSee #Wallahualambissawab dan #TakKisahBoyKeGirlYangPentingBabySihatWalafiatAamiinYaRabb.
 
Dalam pada itu, Memey juga turut memuat naik video pendek sewaktu menjalani pemeriksaan bayi hari ini.
 
“Result dari pemeriksaan tadi. Dengar tak apa Dr.Zarina cakap? Hehe. Doakan jelah yang terbaik. Mana-mana pun okay. Saya akan update dari semasa ke semasa inshaAllah #normey3rdjr #noburungsee,” tulisnya.
 
Melalui perkongsian itu, rata-rata pengikut pasangan ini melahirkan rasa tidak sabar menantikan kelahiran bayi itu dan berdoa agar Memey serta kandungannya berada dalam keadaan sihat.
 
Norman dan Memey dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.
 
Manakala melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun.
 
Foto: Instagram @normanhakim_786 / @memeysuhaiza

Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan