"Menangis Pun Merdu" - Video Tangisan Baby Girl Siti Raih Hampir 1.2 Juta Tontonan

21 Mac 2018. 5.46 PM
40,437
Hiburan

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi video suara tangisan anak sulungnya di laman sosial Instagram.

Entri yang dimuat naik awal pagi ini turut memaparkan pakaian pertama bayinya dan video tersebut menarik perhatian peminat.
 

"Pakaian pertama anakanda tersayang pada 19 Mac 2018. Alahai, kenapa menangis tu sayang? Berlatih vokal ke?" tulis Siti.

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #BabyCTDK.

Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 3,500 komen dari netizen dan meraih hampir 1.2 juta tontonan.

Peminat Siti menyatakan rasa teruja mereka apabila mendengarkan suara anak Siti.

Ada juga antara pengikut laman Instagram Siti memuji suara tangisan 'comel pipi merah' yang kedengaran merdu.
 

Selain itu, menerusi entri terbaru di laman Instagram Siti, penyanyi lagu Nian di Hati itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah atas kelahiran puteri sulungnya.

"Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain. 

"Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.

"Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini. Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor," tulis Siti.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Siti

Artikel Berkaitan