Penyanyi pop Singapura, Awi Rafael, kumpulan nasyid popular In Team dan Brothers antara peserta terpilih untuk berentap dalam program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2).

Selain Awi Rafael, In Team dan Brothers, lapan peserta lain GGV2 turut diperkenalkan dalam sidang media yang baru saja berakhir sebentar tadi.

Peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan selebriti kelahiran Indonesia, Oki Setiana Dewi.

Manakala, Siti Nordiana, pelawak Fikry Ibrahim dan anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul sebagai pengacara GGV2.

Konsert mingguan GGV2 akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Sabtu pukul 9 malam setiap hari Sabtu bermula 31 Mac 2018 di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Menerusi musim pertama, GGV telah menobatkan kumpulan nasyid UNIC sebagai juara manakala Hijjaz dan Mirwana masing-masing pada kedudukan kedua dan ketiga.

Berikut merupakan senarai penuh peserta GGV2 tahun ini:

1. Farah Asyikin
2. Mestica
3. Rabhitah
4. Awi Rafael
5. Brothers
6. Fitri Haris (UNIC)
7. Adeep Nahar
8. Ippo Hafiz
9. In Team
10. Heliza & Hazwani
11. Devotees

Siapakah yang bakal menjadi juara GGV2? Sama-sama kita nantikan!

Teks oleh: Amri Hassan