Lan Solo Cuak Naik Roller Coaster?

Hiburan
Lan Solo Cuak Naik Roller Coaster?
Bayangkan jika anda terpaksa mencuba pelbagai permainan di taman tema popular sambil melakukan tugasan mencabar?

Begitulah situasi yang dihadapi oleh penyanyi Lan Solo yang berkunjung ke Dunia Fantasi Ancol Dreamland, Jakarta baru-baru ini.

Lan harus melengkapkan cabaran seperti berkaraoke serta minum air ketika merasai sendiri kelajuan adrenalin mencuba pelbagai permainan di taman tema tersebut.
 

Membawa peminat bertuah, Faysal Md Saad terbang ke Jakarta untuk rakaman program #ProjekThemePark2018, ada juga permainan yang membuatkan mereka gementar serta cuak untuk mencubanya!

"Memang seronok mencuba permainan yang terdapat di taman tema ini. Sebelum mencuba, pastinya hati rasa gemuruh tetapi semuanya dipermudahkan," kata Lan.
 

Tambah Lan, program ini memberikan peluang untuk dirinya menghabiskan masa bersama peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong.

“Selain itu, saya juga berpeluang untuk melupakan tekanan kerja dengan meneroka taman tema serta melakukan aktiviti menarik di Ancol Dreamland. Terima kasih saya ucapkan untuk pihak Astro serta produksi kerana memberikan peluang ini,” kata Lan.
 

Saksikan pengembaraan Lan bersama selebriti-selebriti lain membawa peminat bertuah mereka meneroka taman tema menarik serata dunia di musim terbaru ExpeRIAnce #ProjekThemePark2018 yang bersiaran malam ini (Selasa), jam 11 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Artikel Berkaitan