Che Ta Dapat Apa Masa Hari Jadi?

20 Mac 2018. 3.05 PM
13,780
Hiburan
Che Ta Dapat Apa Masa Hari Jadi?
Pelakon popular Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta mendedahkan dia dihadiahkan seutas beg tangan jenama Dior oleh suaminya, Zain Saidin.

Che Ta yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-45 pada 9 Mac lalu turut meraikan sambutan hari jadinya di kota London.

"Suami saya tahu saya suka beg tangan jadi dia hadiahkan saya seutas beg tangan jenama Dior.

"Setiap tahun pun hadiah beg tangan yang saya akan terima," katanya kepada Astro Gempak.

Che Ta yang ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta Koperasi Tunas Sungai Ara Berhad di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini enggan berkongsi impian yang masih belum digapai sepanjang hayatnya.

"Kalau cakap soal impian banyak lagi rasanya belum tercapai. Biar saya seorang saja yang tahu," katanya.

Sementara itu, Che Ta menegaskan dia telah mendapat keizinan daripada suaminya untuk meraikan hari jadinya di luar negara.

"Asalnya saya merancang untuk menyambut hari jadi di Hong Kong dan Macau kerana Zain berada di China atas utusan bisnes.

"Tetapi adik-beradik saya lain tak berminat dan akhirnya ke London saja," katanya.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @rozitachewan1

Artikel Berkaitan