Amri Hassan
Tue Mar 20 2018
Gara-gara tular video parodi trailer Avengers: Infinity War yang dihasilkan untuk tugasan Bahasa Inggeris, sekumpulan penuntut kolej tempatan ditawarkan untuk mengarahkan filem Avengers 5.
Lebih menarik apabila tawaran itu datang sendiri daripada pengarah filem Avengers, Anthony dan Joe Russo.
"Aiman. Anda semua adalah genius. Sudi tak mengarahkan Avengers 5?" tulis pengarah terkemuka itu di Twitter dalam nada berjenaka.
Aiman Sany memuat naik klip video berkenaan di Twitter, kelmarin dengan mesej khusus kepada @MarvelStudios: “Who did it better?” (Siapa yang lebih bagus?).
Parodi trailer Avengers: Infinity War itu memaparkan petikan suara asal dan dilakonkan semula menggunakan prop dalam dorm seperti pinggan, penyepit kain dan bijirin Koko Krunch.
Anthony dan Joe Russo terkenal menerusi filem daripada komik Marvel seperti Captain America: Winter Soldier, Captain America: Civil War dan Infinity War yang bakal ditayangkan.
Video parodi yang dimuat naik pada 18 Mac lalu telah ditonton lebih 2.8 juta kali dan diulang kicau (retweet) lebih 78,000 kali.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter
Orang Kaya Dubai Memang Next Level, Angkat Kenderaan Pakai Bot, Main Jet Ski Pasca Banjir
Dunia barangkali melihat banjir yang melumpuhkan bandaraya Dubai sebagai sebuah bencana.
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.