Video aksi bekas juara Fear Factor Malaysia, Mat Redho melakukan aktiviti terjunan ropeswing sambil menggendong anak tular di media sosial sejak kelmarin.

Bimbangkan soal keselamatan kanak-kanak yang melakukan aktiviti lasak itu, netizen turut menyelar tindakan Mat Redho melibatkan anak sulungnya, Mecca Mikaela, 2 tahun.

Bagaimanapun, Mat Redho, tampil memberikan penjelasan mengenai tindakan berkenaan.

"Chill guys! Mecca yang minta untuk buat ropeswing. Tiada adegan paksa memaksa untuk ini.

"Mecca sangat enjoy dengan terjunan pertama dan meminta untuk melakukan terjunan kedua. Tetapi saya yang cuak.

She request to get jump again.. Homann im so proud of you @mecca_medin . . Anyway @rentas_adventures perfectly do their "safety check"

A post shared by Redha Rozlan (@matredho) on


"Mecca juga memakai kelengkapan keselamatan seperti harness dan gear.

"Malah, Rentas Adventures (yang mengendalikan sukan ekstrem) itu merupakan syarikat yang diiktiraf," tulisnya di Instagram.

Mat Redho bagaimanapun memberikan amaran untuk tidak melakukan perkara sedemikian tanpa pengawasan dan teknik yang betul.

"Jangan buat ropeswing dengan anak-anak anda sekiranya mereka masih belum bersedia," pesannya.

Sehingga kini video yang memaparkan terjunan Mat Redho dan Mecca telah ditonton lebih 137,000 kali dan mendapat pelbagai komen netizen.

After my first jump with drama buat2 kene tolak.. 2nd jump terpaksa jump sebab anak request nak jump pula. Chill guys 1. Mecca yang request untuk buat ropeswing. Tiada adegan paksa memaksa Untuk ini 2.mecca sangat enjoy dengan fisrt jump dan request for the second jump. Tapi bapaknya yang cuak 3.mecca wearing complete safety harness and gear 4.@rentas_adventures adalah certified ropeswing organiser. 5. Dont try with your kids if your kids not ready for this. 6. Watch enjoy , chill guys and please pergi try sendiri at least once . . @mecca_medin @mecca_medin @rentas_adventures

A post shared by Redha Rozlan (@matredho) on


Aktiviti ropeswing setinggi 60 meter menjadi tarikan baharu di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor sejak kebelakangan ini.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @matredho