Kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat, OneRepublic bakal kembali ke Malaysia untuk menjayakan konsert pada 25 April ini.

Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment itu akan diadakan pada pukul 8 malam, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kali terakhir OneRepublic beraksi di Malaysia adalah lima tahun lalu di OneRepublic Native Live in Malaysia 2013 yang menyaksikan ribuan peminat hadir untuk menonton persembahannya.

OneRepublic dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Brent Kutzle (bes/selo/vokalis) dan Eddie Fisher (dram).

Tiket-tiket untuk menonton konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 mula dijual pada harga RM298 (CAT3) hingga RM668 (VIP).

Sementara itu tiket berharga RM178 (CAT4), telah habis dijual.

Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603-92228811.

Tempat lain untuk membeli tiket konsert adalah daripada wakil-wakil jualan tiket rasmi yang terdapat di Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @wgwentertainment di Facebook,atau layari www.onerepublic.com untuk maklumat mengenai konsert ini.