Selebriti popular Rozita Che Wan atau Che Ta menjelaskan dia hanya memperuntukkan masa 15 minit sahaja untuk bergambar ketika berada di Tanah Suci.
Sekali gus menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya sakan bergambar sehingga mengganggu ibadah.
"Walaupun saya membawa jurufoto ke sana, tidaklah sepanjang masa saya perlu bergambar. Paling-paling lama pun 15 minit.
"Selalunya rutin saya apabila di Mekah saya akan bangun awal pagi dan bersarapan.
"Dalam 10 ke 15 minit selepas itu, sebelum saya masuk ke dalam masjid hanya itu masanya untuk saya bergambar. Selebihnya saya tumpukan beribadah.
"Kalau saya nak bergambar sepanjang masa, lebih baik saya pergi London," katanya ketika ditemui pada majlis perlantikan duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelakon drama Kiah Pekasam itu juga menjelaskan dia tidak boleh menghalang peminatnya yang terserempak ketika di Tanah Suci untuk bergambar bersamanya.
"Kalau ada peminat mahu bergambar saya takkan mahu tolak, jadi saya masih tunaikan permintaan mereka.
"Saya hanya menjadi diri saya, kalau di Kuala Lumpur atau London pun saya bergaya, di Mekah pun sama.
"Cuma tidaklah melampau pun. Saya tidak bersolek, sebab itulah saya pakai cermin mata hitam dan purdah," tambahnya.
Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ashraf Wajdi pernah menegur trend selebriti tempatan yang menjadikan Mekah sebagai lokasi berfesyen.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @rozitachewan1
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di