Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam, pelbagai ucapan dan memori indah dikongsikan di media sosial.

Selebriti dan cef terkenal Datuk Fazley Yaakob tidak terlepas daripada berkongsi pengalaman dan nasihat untuk kembali bangkit mengejar impian andai tidak memperoleh keputusan yang diharapkan.

"Ramai yang PM (Private Message) saya kerana kecewa dengan keputusan masing-masing dan tidak mendapat apa yang diharapkan.

"Saya kongsikan keputusan SPM saya tahun 1995. Saya mendapat 8As; 7A1 dan 1A2.

Hari ni ramai students yang telah pun mendapat result #SPM mereka, tahniah buat semua yang telah berjaya melepasi satu cabaran besar di dalam dunia akademik. Ramai juga yang PM saya kerana kecewa dengan keputusan masing2 kerana tidak mendapat apa yang di harapkan. Let me share with you mine: in 1995 (Sistemnya A1,A2, C3), saya mendapat 8As; 7A1 dan 1A2. Well, the situation was similar for us all during that year, semua orang telah pun berusaha sehabis baik tetapi keputusan yang keluar tidak semestinya apa yang kita harapkan 100%, jangan kecewa! Ini baru permulaan, work smart towards your future, you have just opened the ‘door of life’, SPM anda menjadi kunci tidak kira apa jua keputusannya. Be positif, dan jangan mudah mengalah. Saya ingin menjadi seorang peguam ataupun arkitek, tetapi semua universiti yang saya apply hanya offer saya Accounting & Finance dan itulah yang saya teruskan akhirnya di Victoria University of Wellinton New Zealand akhirnya. Namun kini? Saya juga graduan dari Le Cordon Bleu (Paris) dan University of Reims Champagne-Ardenne (France) yang akhirnya membantu saya menceburi bidang yang tidak pernah saya jangkakan, iaitu culinary. Do the best that you know! Nothing in life is set in stone! - Photo semasa class reunion SJI baru-baru ini

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


"Situasinya sama pada tahun itu, semua orang berusaha sehabis baik tetapi keputusan yang keluar tidak semestinya apa yang kita harapkan 100%, jangan kecewa!

"Ini baru permulaan, bekerja dengan lebih bijak untuk masa depan anda kerana anda baru sahaja membuka pintu kehidupan, SPM anda menjadi kunci tidak kira apa jua keputusannya.

"Jadi lebih positif dan jangan mudah mengalah," tulisnya di Instagram.

Pemilik restoran SukaSucre Bistro itu memberitahu dia pernah menyimpan impian untuk menjadi peguam atau arkitek namun tidak kesampaian.

"Saya ingin menjadi peguam atau arkitek tetapi semua universiti yang saya minta hanya menawarkan saya Perakaunan & Kewangan dan saya teruskan akhirnya di Victoria University of Wellinton New Zealand.

"Namun kini! Saya juga graduan dari Le Cordon Bleu (Paris) dan University of Reims Champagne-Ardenne (Perancis) yang akhirnya membantu saya menceburi bidang yang tidak pernah saya jangkakan, iaitu kulinari!

"Buat apa yang anda tahu sebaik mungkin!" tambahnya.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @fazleyyaakob