Finalis Gegar Lawak, Kumpulan Abata menafikan berlagak alim kerana sering menyelitkan elemen dakwah dalam persembahan.

Menurut anggota kumpulan Abata, Ilham, tujuan mereka berdakwah kerana ingin memberi nasihat kepada orang ramai sambil melawak.

"Kami ini sebenarnya bukannya ustaz namun kami mempunyai ilmu asas mengenai agama yang dipelajari sejak sekolah lagi.

"Jika nak beri ceramah atau tazkirah kami tidak pandai jadi kami cuba menyelitkan unsur dakwah dalam setiap persembahan yang dilakukan.

"Sekurang-kurangnya kami dapat memberi sedikit nasihat kepada orang ramai dan dalam masa yang sama mereka terhibur melihat persembahan kami.

"Bukan ingin berlagak alim namun perkara yang dilakukan ini dapat memberi manfaat kepada kami dan orang ramai kelak," katanya kepada Astro Gempak.

Selain Ilham kumpulan Abata turut dianggotai oleh Alham dan Mus.

Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.

Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.

Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.

Jangan lupa menyaksikan Gegar Lawak akhir yang akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK

Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.