Pelawak dan penyampai ERA.fm, Fad Bocey akui bertuah kerana mempunyai isteri yang memahami.

Perkara itu diluahkan oleh Fad menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Ucapan itu ditujukan khas buat isterinya, Nur Syahirah A. Rahman sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ketiga.

“Happy anniversary sayang, pejam celik dah tiga tahun kita bersama.

“Terima kasih sentiasa ada untuk saya. Susah senang dengan saya.

“Terima kasih untuk hadiah tiga permata kita yang comel-comel tu.

“Tiada kata untuk menggambarkan awak. I love you so much. Semoga masjid yang kita bina dan jaga ini kekal sampai akhir hayat. Amin,” tulisnya.

Happy anniversary sayang,pejam celik 3 tahun dah kite bersama..terima kasih sentiasa ada utk sy..susah senang dgn sy..terima kasih utk hadiah 3 permata kite yg comel2 tuu..no words can describe u..i love u so much..semoga masjid yg kite bina dan jaga ini kekal sampai akhir hayat..aminn❤️?❤️???

A post shared by FAD BOCEY (@fadbocey) on


Dalam perkembangan lain, Fad, Achey dan Abam bakal muncul dalam program Bocey & Friends Live yang akan bersiaran secara langsung bermula 23 Mac, Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Bocey & Friends Live turut menampilkan pelakon vateran Nasir Bilal Khan sebagai Tukang Buka Panggung manakala Datuk Ramli Ms bertindak sebagai pengarah muzik program tersebut.

Selain itu, Fad juga tercalon dalam kategori Penyampai Radio MeleTOP di Anugerah MeleTOP ERA 2018.

BACA: Senarai Penuh Calon Top 5 AME 2018 - Zizan Razak Raih 5 Pencalonan

Untuk mengundi sila ke laman web rasmi

www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan RAKU serta melalui kiriman SMS.

AME 2018 bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 8 April 2018 jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).

Manakala program Showcase Eksklusif AME 2018’ disiarkan menerusi platform digital Astro Go bermula jam 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Foto: Instagram Fad Bocey