Pelakon Datuk Rosyam Nor mengakui kini lebih selektif dalam memilih watak dalam lakonannya.

Menurut Rosyam, dia selesa memilih untuk berlakon dalam filem sahaja berbanding kerap muncul dalam drama.

"Usia saya kini telah memasuki 50 tahun, jadi tidak salah untuk saya memilih watak yang ingin dibawakan kerana tidak mahu penonton muak melihat wajah saya apabila sering berada di televisyen.

"Kalau dulu mungkin semua tawaran yang diberikan saya ambil namun sekarang ini saya ambil keputusan untuk lebih selektif.

"Sekarang ini saya memilih untuk lebih eksklusif apabila hanya menerima tawaran lakonan untuk berlakon filem sahaja.

"Kalau berlakon drama pun mungkin saya hanya terlibat dengan terbitan produksi saya dan drama raya sahaja," katanya kepada Astro Gempak.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Datuk Rosyam Nor filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Fattah Amin, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang.