Anggota kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi, 34, dimasukkan ke hospital kerana keadaannya yang kurang sihat.

Berita tersebut disampaikan menerusi entri terbaru di laman Instagram milik stesen radio Best FM, @bestfmmalaysia.

"@shahrol_shiro tak dapat bersama #SquadPagiBest untuk hari ni sebab kurang sihat. Kita sama-sama doakan dia cepat pulih seperti biasa supaya boleh kembali bertugas dan meriahkan pagi kita macam selalu," tulis stesen radio tersebut.



Shahrol kini bertugas sebagai salah seorang penyampai Best FM yang mengendalikan Squad Pagi Best bersama Kak Girl dan Zairi.

Beberapa hari lalu, seorang lagi anggota kumpulan Shiro, Mohamad Hanafi Razak atau Ajak, 32, dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat tidak cukup rehat.

[BACA: Tak Cukup Rehat, Ajak Shiro Masuk Hospital]

Keadaan Ajak difahamkan semakin pulih dan dia dijangka akan keluar hospital dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Shiro bakal muncul dalam pementasan Lawak Ke Der 2018 yang bakal berlangsung pada 29 sehingga 31 Mac ini.

Selain Shiro, pentas Lawak Ke Der 2018 yang dihoskan oleh Shuk SYJ dan Sherry Alhadad ini turut dimeriahkan dengan penampilan Datuk Afdlin Shauki, Gurmit Singh dan penampilan istimewa, Datuk Zainal Abidin.

Selepas setahun, Lawak LIVE kembali ke ISTANA BUDAYA Kuala Lumpur dgn barisan pelawak baru . Jom ramai-ramai saksikan persembahan komedi LIVE No 1 di LAWAK KE DER 2018 pada 29 - 31 Mac (hanya 3 show terhad). Tiket boleh didapati di airasiaredtix.com! Harga bermula dari RM58 - RM208. Discount 15% utk pelajar & warga emas. Sila hubungi 03-42532241/71 utk informasi corporate. @afdlinshaukiofficial @zainalhijau @shahrol_shiro @ajakshiro @shuk_hotfm @sherry_alhadad @gurmitgurmit

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on


Harga tiket untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 2018 bermula dari RM58 ke RM208 dan boleh didapati menerusi laman web airasiaredtix.com.

Diskaun sebanyak 15 peratus diberikan kepada warga emas dan pelajar.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Best FM & Shahrol