Pelakon terkenal Korea, Lee Jong Suk sanggup tidak menerima sebarang bayaran untuk kemunculannya dalam drama istimewa berjudul Death Song.

Perkara itu didedahkan oleh pihak SBS yang kagum dengan sikap Lee Jong Suk.

“Selain berasa teruja, Jong Suk membuat keputusan untuk tidak mengambil bayaran demi rakan baiknya, direktor Park Soo Jin yang turut menjayakan drama berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Park Soo Jin meluahkan rasa terharu dan tidak menyangka sama sekali tentang keputusan yang dilakukan rakan baiknya itu.

“Saya yakin Jong Suk mampu melakonkan watak Kim Woo Jin dengan baik.

“Saya berasa sangat terharu dan berterima kasih kerana dia begitu gembira untuk berlakon dalam drama pendek ini,” ujarnya.

Death Song adalah sebuah siri dua episod yang dibuat semula berdasarkan filem daripada judul sama.

Ia mengisahkan konflik mengenai Yoon Shim Duk (Soo Jin) seorang penyanyi soprano dan komposer bernama Kim Woo Jin lakonan Jong Suk.

Sumber: Allkpop