Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah berkongsi beberapa keping foto anak keduanya yang dilahirkan pada 31 Januari lalu.

Menerusi entri di akaun Instagram (IG), Cik Piah berkongsi secara rasmi kepada orang ramai wajah dan nama anak keduanya.

"Assalamualaikum, uncle dan auntie. Nama saya Nuh Aryyan Nurashid Wahab," tulisnya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai dan sehingga kini sudah menerima lebih 17 ribu tanda suka.

Rata-rata memuji kecomelan yang ada pada Aryyan dan berharap agar dia membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh.

Feeya dan Rashid berkahwin pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan seorang putera bernama Adam Malique yang kini berusia setahun.

Penyampai radio itu meninggalkan Sinar FM pada 19 Januari lalu.

Berikut merupakan foto yang dikongsikan oleh Cik Piah:

assalamualaikum uncle dan auntie.nama saya nuh aryyan.? tq @tinywinyphotography utk gambar2 nuh.?

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

bersama hero no 2 nuh aryyan. agak2 ikut muka cikpiah ke nurashid ye?

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

termenung pikirkan apa tu nuh? ?

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on


Foto: Instagram Feeya Iskandar