"Dah Tengok Wedding Fattzura?" - Komen Pereka Pelamin Fattzura Cetus Amarah Sherry Ibrahim

13 Mac 2018. 12.20 PM
46,270
Hiburan

Pelakon Sherry Ibrahim berang apabila pereka pelamin pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura, Reka Teemor menulis komen menjengkelkan pada Instagramnya semalam.

Menerusi komen tersebut, Reka Teemor yang pernah mencipta magis untuk majlis perkahwinan Yuna awal tahun ini seolah-olah memerli Sherry yang sebelum ini pernah bercinta dengan Fattah.

"Hi @sherryibrahim, dah tengok wedding fattzura? Kami ada post wedding fattzura di IG kami. Jom tengok," tulis pengurus instagram Reka Teemor.

Bagaimanapun, komen tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati Sherry yang dilihat sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab untuk mengaitkannya dengan bekas kekasih yang sudah mendirikan rumah tangga.

"Pertama sekali saya langsung tidak mengenali mereka dan ini yang terjadi pada video yang saya muat naik malam tadi.

"Komen ini mencetuskan gangguan siber dan publik (buli siber) dan membuka ruang kepada pelbagai risiko selanjutnya.

"Dengan penuh rasa hormat tolong jelaskan kepada saya sebelum saya mengambil tindakan selanjutnya," luah Sherry.
 

Sherry malam tadi telah memuat naik sepotong video ketika rehersal Gempak Superstar beberapa tahun lalu.




Bagaimanapun, Reka Teemor menerusi kemas kini terbaharu memaklumkan akaun media sosial mereka telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
 

Terdahulu, Sherry dan Fattah dilaporkan pernah bercinta sekitar tahun 2014 selepas terbabit dalam penggambaran drama Cinta Ibadah.

Baca: Sherry Ibrahim Nafi Beza Umur Tujuh Tahun Punca Perpisahan

Namun, pasangan itu putus pada tahun 2016.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @sherryibrahim

Artikel Berkaitan