Penyanyi kumpulan rock lagenda, Amy Search mengakui kecewa apabila album terbaharu kumpulannya dicetak rompak dan dijual secara terang-terangan di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Amy Search mengakui isu penjualan cetak rompak masih berleluasa walaupun keadaan sekarang amat berbeza daripada dulu.

"Perompok ini mereka rompak hasil seni semua bangsa, asalkan laris, hari ini aku dah 37 tahun dalam industri tapi mereka masih tak pernah berhenti merompak walaupun keadaan sekarang amat berbeza dari dulu.

"Album terbaru Search Kathrsis di cetak rompak yangg di jual secara terang- terangan di dalam sebuah plaza raya daripada album Cintai Buatan Malaysia 1985 smpailah sekarang 2018.

"Hasil pendapatan dari cetak rompak diaorang pun meningkat. Paling tinggi hasil diaorang daripada album Fenomena iaitu lagu Isabella. Masa itu terjual melebihi 200.000 units. Bayangkan berapa banyak diaorang sapu hasil seni kami.

"Mana taknya India, Cina pun beli album itu. Isabella itu diminati semua bangsa termasuk Indonesia, Brunei dn Singapura. Kira seluruh nusantara minat lagu Isabella.

"Buat perompak ini diaorang rompak hasil seni semua bangsa, asalkan yang laris dan hari ini aku dah 37 tahun dalam industri tapi diaorang masih tak pernah berhenti merompak walaupun keadaan sekarang amat berbeza daripada dulu.

"Selagi ada pembeli selagi itu diaorang jual walaupn salah di sisi undang-undang dan lebih teruk lagi dijual secara terang terangan tanpa rasa hormat," tulisnya.

Rata-rata peminat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Amy Search dan mereka berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengenai isu ini supaya nasib pengiat seni dapat dibela.

Album terbaru SEARCH/KATHARSIS di cetak rompak yg di jual secara terang terangan di dlm MALL PLAZA SOONG SENG @ THE STORE, MELAKA. Dri album Cintai Buatan Malaysia 1985 smpai lah skarng 2018. Hasil pendapatan dri cetak rompak dorng pn meningkat. Paling tinggi hasil dorng dri album Fenomena lgu Isabella. Masa tu terjual melebihi 200.000 units. Bayangkn berapa bnyk dorng sapu hasil seni kite org. Mana tk nya India cina pn beli album tu. Isabella tu di minati semua bangsa termasuk Indonesia, Brunei dn Singapura. Kira seluruh nusantara minat lgu Isabella. Tk abis kt situ, keluar pulak dgn 2filem Isabella dn Fenomena yg mnjdi box office. Dgn dua filem tu skali dorng rompak. 4album solo aku pn dorng rompak. Dri album pertama kita org dh buat kempen psl cetak rompak. Org ckp kalau kita tk boleh lawan cetak rompak tpi kita kena join dorng? tkn kita nk jdi perompak Yg merompak hasil seni anak bangsa sendiri. Buat perompak ni dorng rompak hasil seni semua bangsa, asalkn yg laris. Hari ini aku dh 37thn dlm industri tpi dorng masih tk pernah berhenti merompak walaupn keadaan sekarang amat berbeza dri dulu. Penjualan fizikal sngt terhad. Yg membeli ada lah peminat fanatik Yg beli sbagai koleksi. Selagi ada pembeli selagi tu dorng jual walaupn salah di sisi undang2. Lebih teruk lgi Di jual secara terang terangan tnpa deficit pn rasa hormat. Kalau lah hukuman jika Di dapati menjual hasil seni negara secara haram hukuman nya sebat tnpa bicara dri dulu tentu nya tk berani dorng jual. Kesian kan hasil seni anak bangsa Di rompak sejak zaman P.Ramlee lgi. Kita buat album pecah kepala otak bersengkang mata, bagi yg tbaik lah dri melodi, lirik, cover, sound dgn cost rakaman yg tnggi tpi dorng cost brape sen sngt, silap2 GST free lgi sbab hasil haram. Realiti nya smpai aku dh mati hasil seni aku tetap Di rompak mcm late P.Ramlee. Ini negara Kita mcm mna pulak negara lain seperti Indonesia waktu tu album Fenomena ini terjual melebihi 1juta units dn berapa pula cetak rompak terjual di sana dgn 3lgu hits Isabella, Fantasia Bulan Madu (cinta Kita) dn Nafas Cinta duet. Ini lah perjalanan anak seni yg sentiasa di rompak. Begitu lah kehendak Nya? #searchkatharsis @fenomenamusic @KPDNKK

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on