Gosip mengenai hubungan di antara dua bintang popular Korea, Park Shin Hye dan Choi Tae Jun akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengaku sedang bercinta.

Portal Allkpop melaporkan syarikat pengurusan Shin Hye dalam satu kenyataan turut mengesahkan pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung tahun lalu.

“Shin Hye dan Tae Joon sememangnya berkawan rapat namun mereka mula keluar bersama sejak penghujung tahun lalu.

“Pasangan ini sering menyokong antara satu sama lain. Diharap peminat dapat memberi sokongan kepada pasangan yang sedang hangat bercinta ini,” kata wakil syarikatnya.

Terdahulu, pasangan ini pada mulanya menafikan berita mengenai hubungan cinta mereka.

Sumber: Allkpop