Kecantikan bakal isteri pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir di majlis khatam Al-Quran telah mendapat perhatian pengikut laman sosial.

Deena menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi beberapa keping foto majlis Khatam Al-Quran dan doa selamat yang diadakan di kediaman keluarganya baru-baru ini.

Menariknya menerusi setiap ruangan foto-foto yang dimuatnaik oleh Deena, rata-ratanya memuji kecantikan dan keperibadian wanita tersebut.

Tidak ketinggalan juga ada yang mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya majlis perkahwinan pasangan ini berjalan lancar.

Majlis perkahwinan Saharul Ridzwan, 27, dan bakal isterinya Deena Emir atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, akan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 16 September ini.

Manakala satu majlis khas buat peminat akan diadakan pada 18 September dan lokasinya akan diberitahu kemudian.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik majlis tersebut: