Salah sebuah entri terbaru di laman Instagram usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menarik perhatian netizen.

Menerusi entri tersebut, Aliff memuat naik fotonya bersama madu kepada dramatis Izreen Azminda, Intan Liana Saleh.

“Sabarlah, Insya-Allah #OhAbangKosmetik akan tolong. Okay awak ya, sabar... Siapa sokong ibu ini, please komen di bawah.

“Kalau ramai yang komen ‘I sokong’ lebih dr 1,000 orang, Insya-Allah saya akan usahakan untuk beliau lebih yakin melalui kehidupan di masa hadapan,” tulis Aliff.

Nama ibu kepada dua orang anak lelaki itu hangat diperkatakan netizen selepas suaminya, pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude memfailkan penceraian terhadap Intan.

Entri tersebut menerima sambutan yang sangat positif dari pengikut laman Instagram Aliff.

Setakat ini, Aliff menerima lebih 15,000 komen berbunyi ‘I sokong’ dan bersetuju dengan hasrat Aliff yang mahu membantu Intan.

Isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida turut memuat naik foto bersama Intan dan kakaknya di laman Instagram.

“Alhamdulillah berkesempatan jumpa Intan yang sangat positif... Sebaik-baik wanita dia ni,” tulis Shahida.

Entri tersebut turut menerima sokongan positif netizen menerusi lebih 1,300 komen.

Dalam perkembangan lain, program realiti yang menampilkan kehidupan Aliff, Shahida dan keluarga, Oh Abang Kosmetik kini sudah mula bersiaran untuk musim yang kedua.

Jangan lupa saksikan program realiti tersebut setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff & Shahida

sabarlahh insyaallah #ohabangkosmetik akan tolong ok awak yaa..zabarr.. siapa sokong ibu ini plz komen i d bawah???? kalau ramai yg komen “i sokong” lebih dr 1000org insyallah saya akan usahakan utk beliau lebih yakin melalui kehidupan dimasa hadpan.. @__iiiintvnroxs

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Alhamdulillah berkesempatan jumpa @__iiiintvnroxs yg sangat positif... sebaik2 wanita dia ni....

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on