Bintang Akademi Fantasia (AF2015), Sharul Kamal akui tidak akan berputus asa dalam bidang seni walaupun namanya tidak begitu dikenali.

Sharul berkata dia percaya pada rezeki dan menganggap segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Saya dah cuba yang terbaik untuk push lagu Racun Rindu tapi kalau tak pergi juga tak mengapa, mungkin masa untuk tonjolkan bakat belum tiba.

“Belum rezeki tapi kalau tak naik juga saya akan buat lagu baru taka da masalah benda itu. Buat sampai jadi! Saya tak akan putus asa.



“Saya tak naik bukan sebab tak bagus tapi rezeki belum sampai. Mesti ada hikmah kenapa benda ini jadi dekat saya.

“Yelah dah buat macam-macam dah usaha atau mungkin Allah nak suruh saya usaha lagi dan lagi.

“Ada je penyanyi yang bila live nyanyi huru-hara tapi job masyuk, lagu hari-hari main radio. Sebab apa? Sebab rezeki dia murah.

“So guys doakan saya dimurahkan rezeki okay?,” tulisnya menerusi IG Stories miliknya sebentar tadi.



Bagaimanapun Sharul, 21, ketika dihubungi Astro Gempak berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk terus berada dalam bidang seni dan tidak mahu bakat yang dimiliki dipersiakan.

“ Saya tahu bukan mudah, pergi ke sana ke mari, orang pun tak layan.

"Saya bukan orang senang, jadi kena usaha lebih. Saya bukannya menyara hidup dengan duit ibu bapa saya.

"Saya percaya setiap orang sudah ditetapkan rezeki dan bahagian masing-masing.

“Buat masa ini saya kerja sebagai 'crew event', saya mencari rezeki yang halal jadi tak salah untuk saya bekerja.

“Yang penting dapat menampung hidup dan beri duit bulan-bulan kepada ibu dan bapa.

"Saya juga berterima kasih kepada Aepul (Drama Band) yang banyak menolong saya.

“Berkenaan komen-komen negatif, saya hanya ketawa apabila membaca kata-kata yang dilemparkan kepada saya.

“Saya tak rasa putus asa, mereka tidak berada ditempat saya dan tidak tahu apa yang saya lalui. Jadi tak boleh nak salahkan mereka.

“Saya percaya ini jalan saya dan sebab itu saya akan buat habis-habisan. Doakan saya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sharul akan muncul dengan drama berjudul Esok Untuk Kita yang bakal ditayangkan nanti.

Sharul kini sedang sibuk mempromosikan single ketiga berjudul Racun Rindu menerusi laman sosial Instagram @sharulkamal_ dan juga YouTube.



Foto: @sharulkamal_

Teks oleh: Mya Amri