Isteri pertama kepada suami pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Salleh meminta agar hal kerjanya tidak dikaitkan dengan masalah rumah tangganya.

Intan menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu apa jua keputusan yang dilakukan dalam tawaran kerja yang diterima telah dibincang dan mendapat persetujuan suaminya, Ude.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata soal rumahtangganya sangat peribadi.

"Maaf, Intan harap jangan kaitkan isu pasal kerja dalam kes Intan dan Ude

"Perkara itu adalah perbincangan atau persetujuan kami suami isteri.

"Intan tak nak hal ini diperbesarkan. Sangat peribadi antara Intan dan suami.

"Harap maaf , soal kerja Intan dulu tiada kaitan dengan Ude," tulisnya.

Menerusi ruangan komen entri tersebut, netizen memberi kata-kata semangat supaya terus kuat menjalani kehidupan dengan masalah rumah tangga yang dihadapi.

A post shared by doubleA? (@__iiiintvnroxs) on


Ude bakal melafazkan cerai terhadap Intan pada 22 Mac depan selepas Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh tersebut ketika prosiding yang berlangsung semalam.

Pemuzik yang terlibat dengan program Gegar Vaganza itu memfailkan permohonan cerai pada 30 November tahun lalu.

Ude mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri yang berusia setahun.

Pada November tahun lalu, Liana dilaporkan rela bermadu dan akan mempertahankan rumah tangganya setelah mengetahui Ude telah bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos.

Foto: Instagram Intan
Oleh: Syafiqah Jalal