Juara Gegar Vaganza 4 (GV4), Aishah telah selamat menjalani prosedur pintasan saluran pemakanan atau pembedahan Bariatrik.

Aishah menerusi akaun Instagramnya memberitahu dia memerlukan sedikit masa dan ruang privasi untuk berehat setelah selesai pembedahan itu kelmarin.

"Alhamdulillah saya sudah bangun dan berjalan-jalan. Buat sementara ini saya mohon sedikit privasi walaupun saya tahu ada yang mahu menziarah.

"Harap berikan saya masa untuk berehat dan memulihkan diri," tulisnya berserta tanda pagar (hashtag) #reinventingaishahjmm.

Alhamdulillah dah bangun dan jalan2...Buat sementara ni I mohon sedikit privacy,walaupun I tau ada yg nak ziarah.Harap berikan I masa utk merehatkan dan memulihkan diri ok. @aishahfcff_official #reinventingaishahjmm Day 1 post op

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on



Aishah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta dua hari lalu untuk menjalani pembedahan tersebut.

Pembedahan Bariatrik melibatkan prosedur mengecilkan saiz perut dengan cara pintasan saluran gastrik atau menyambungkan semula saluran usus kecil ke bahagian utama perut (gastric bypass).

"Buat prosedur ini pun kerana sudah tak larat. Kaki sakit bawa berat badan. Semoga apabila berat badan sudah ideal senang beribadah," tambah Aishah.

Kemaskini terbaharu Aishah menunjukkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu tersenyum dan dikelilingi jambangan bunga hadiah daripada peminat.

"Kalau sudah boleh selfie kiranya sudah okey-lah kan. Lepas ini nak berjalan-jalan. Lebih baik bergerak," tulisnya.

Assalamualaikum,kalau dah boleh selfie tu kira dah ok la kan hahaha...lepas ni nak jalan2..lebih baik bergerak..Day 2 post op...#reinventingaishahjmm Tq @aishahfcff_official and @nazrai_hijabpin for the beautiful flowers

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on


Kami mendoakan agar Aishah segera sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @aishahjmm