Gelagat pelakon Zamarul Hisham mengusik isterinya, Diana Rafar yang memakai telekung untuk menunaikan solat mencuit hati peminat.

Zamarul berkongsi video pendek berdurasi 41 saat itu menerusi akaun Instagram (IG)nya hari ini.

“Selalu dia kacau. Sekarang dia pula kena. Apa salahnya ambil wuduk banyak kali. Bagus biar diri kita sentiasa dengan air wuduk.

“Nak gurau dengan siapa lagi. Ini je la intan payung yang ada. Lain la kalau dia izinkan satu lagi. Ooppppsss,”
tulisnya.

Video tersebut merakamkan Diana cuba mengelak daripada bersentuhahan dan bersalaman dengan suaminya kerana tidak mahu air wudhunya batal.

Diana telah menekup mukanya dengan kain telekung manakala Zamarul pula cuba menyentuh wajahnya.

Bagaimanapun, Diana terpaksa mengambil kembali air wudhu kerana Zamarul telah memegang tangannnya.

Diana secara spontan terus berkata “Alaaaa dah batal,”.

Selalu dia kacau... sekarang dia pulak kena... apasalah nya ambik wuduk banyak kali?... bagus biar diri kita sentiasa dgn air wuduk.... nak gurau ngan siapa lagi.ini je la intan payung yg ada..lain la kalau dia izinkan satu lagi.....ooppppsss ?‍♂️?????? #gurauananje#luvumama#badangfamily #kopibadang #minumsecawannakbercawancawan

A post shared by Zamarulhisham Mohamed (@zamarulhisham93) on

Gelagat comel pasangan ini mendapat respon positif daripada peminat yang suka melihat kebahagiaan rumah tangga mereka.

Rata-ratanya memuji pasangan ini dan tidak ketinggalan juga memberitahu mereka berkongsi situasi yang sama seperti Diana.

“Macam en.suami saya jer. Masa kita ada wuduk sibuk nk pegang,” -@akmajalil

“Hahaha nakal, saya dan suami pun sama. Selalu saling menyakat bab batalkan wudhu masing-masing. Tapi Kayla tu awatlah comel nau beria nangis,” - @nor1zl1n

“Allahuakbar! Bahagia yang menengok ni pun. Semoga rumah tangga terus bahagia sampai syurga. Amin,” -@sipucheet


Foto: Instagram @zamarulhisham93