Pelakon dan pelawak Fad Bocey baru saja selesai mengadakan majlis akikah dua anak kembarnya, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan semalam.

Menerusi hashtag #thefavians, Fad dan juga isterinya Nur Syahirah A. Rahman berkongsi foto-foto dan video menarik di akaun Instagram (IG) mereka.

Gelagat Hayyan dan Zayyan telah menarik perhatian pengikut IG yang rata-ratanya geram melihat kecomelan pasangan kembar tersebut.

Dalam pada itu, Fad juga mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan juga peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan keluarganya.

Terdahulu, Hayyan dan Zayyan dilahirkan pada 11 Disember 2015 di Darul Ehsan Medical Center (DEMC), Shah Alam.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi beberapa foto menarik sekitar majlis akikah yang diambil menerusi IG mereka.