Tarian cabaran Panama pelakon Sari Yanti yang kini sedang hamil dipuji peminat.

Sari Yanti menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video dia melakukan tarian tersebut dalam keadaan duduk di atas kerusi.

Menurut Sari Yanti pada awalnya dia hanya diminta oleh seorang jurufoto untuk melakukan beberapa gerakan tanpa mendengar muzik atau lagu Panama.

Pelakon yang kini manis bertudung itu memberitahu dia hanya menurut kata juru foto tersebut selepas selesai sebuah sesi fotografi.

Selepas menerima video tersebut Sari akui dia baru mengetahui bahawa tarian yang dilakukan itu adalah untuk cabaran #PanamaDance yang sudah menjadi tular.

Tak tau la kakak nak marah ke nak apa kat si @annaseaskey . Kakak pulak memang tak tau benda ni viral. Ingat kan abang kawasan suruh buat macam dikir barat tapi versi moden.. - time kakak buat tak da pun lagu .. dia cuma bilang 1,2,3,4 je . Pastu dia buat gaya la sikit sikit. Kakak ikut je. Sekali dia rupanya masuk kan lagu .. macam kakak terer pulak ikut lagu. Padahal Tidak. Tengok la muka kakak awak yang blur kat ending tu. Aduhaiii.. Sari.. Sari..

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on


Video tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata memuji gerakan yang dilkukan sangat comel, apatah lagi dia kini sedang berbadan dua.

"Alahai...kenapa comel sangat ni.

"Kakak, comelnya perut.

"Lain pada yang lain...masih nampak ayu," tulis beberapa peminat.

Sari dan Jep Sepahtu berkahwin pada 24 Februari 2017.