Berbanding dengan orang lain, pelakon Sharnaaz Ahmad memilih cara yang berbeza untuk memuji persembahan Hezry Gegar Lawak.

Sharnaaz menerusi akaun Twitternya menyatakan perasaan kagum dengan persembahan Hezry dengan menggunakan loghat utara yang agak ‘garang’.




Status itu kemudiannya dibalas Hezry dengan menyatakan rasa terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Sharnaaz.



Menariknya, komen tersebut mendapat perhatian Sharnaaz dan dibalas kembali dengan nada gurauan.



Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.

Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.

Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.

Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK

Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.

Teks oleh: Mya Amri