Zahirah Macwilson Bernikah?

23 Februari 2018. 5.35 PM
68,349
Hiburan
 Zahirah Macwilson Bernikah?
Foto yang dimuat naik oleh pelakon Zahirah Macwilson di ruangan Instagram Stories miliknya mengundang perhatian pengikut.

Menerusi foto yang dimuat naik, Zahirah lengkap berbusana pengantin di sebuah masjid dan diapit oleh ayahnya, Zainol Macwilson.

Difahamkan foto tersebut diabadikan ketika majlis pernikahan Zahirah sedang berlangsung.



Namun begitu, jangan salah sangka kerana mereka hanya melakonkan babak perkahwinan dalam drama bersiri terbaru berjudul Tak Ada Cinta Sepertimu.

Drama tersebut menyaksikan anak beranak itu bergandingan dalam satu naskah adaptasi novel karya Anna Milia.

Diarahkan oleh Jamal Khan, drama bersiri 16 episod ini bakal ditayangkan di slot Megadrama.

Tak Ada Cinta Sepertimu menyaksikan Zahirah bergandingan dengan Syafiq Kyle sebagai teraju utama.

Jangan lupa saksikan Tak Ada Cinta Sepertimu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 12 Mac ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zahirah

 
 

🎥👰🏻💍 #TakAdaCintaSepertimu #Athea Makeup by: @wanda_mdnoor

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on


Artikel Berkaitan