Pelakon Lisa Surihani mengimbau kenangan dan perasaannya sewaktu pihak keluarga Yusry Abdul Halim datang menghantar tanda melamarnya pada 21 Disember 2011.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) peribadinya, Lisa Surihani memuat naik foto mereka berdua ketika majlis tersebut.

Lisa Surihani menceritakan bagaimana dia bersetuju untuk menerima lamaran tersebut.

“21 Disember 2017 - Hari Hantar Tanda.

“Ini ketika Yusry baru sahaja sampai selesai acara tersebut.

“Dia tunggu di luar masa pihak keluarganya melamar saya.

“Saya kenyit mata senyum tanda setuju.

“Perasaannya sangat gembira bila kami buat persiapan untuk majlis nikah dan resepsi yang berlangsung pada Februari 2012.

“Puas ada. Teruja pun ada.

“Keluarga dan kawan rapat semua ada bersama ketika itu.

“Banyak kenangan manis pada hari itu,” tulisnya.

Rata-rata peminat terhibur dengan cerita Lisa dan mendoakan agar hubungan mereka kekal bahagia selamanya.

Pasangan ini bernikah pada 23 Februari 2012.

21st December 2011 - Hari Hantar Tanda. This was when Yusry arrived after the upacara dah selesai. He waited outside when his family proposed to me and I kenyit mata senyum tanda setuju. ? The feelings were overwhelming as we were prepping for the nikah and reception that was to be held in February 2012. Contentment ada. Excitement pon ada. Dear families and close friends were with us. Many sweet memories of this day.

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on


Foto: Instagram Lisa Surihani