Nedim Dedah Wajah Baby Ney Ney

22 Februari 2018. 12.49 PM
92,379
Hiburan
Nedim Dedah Wajah Baby Ney Ney
Suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri mendedahkan wajah anak kesayangannya yang baru dilahirkan pada jam 9.05 pagi tadi.
 
Nedim telah berkongsi dua foto yang merakamkan wajah anak lelakinya menerusi Instagram (IG)nya sebentar tadi.
 
Foto tersebut juga jelas menunjukkan kegembiraan terpancar di wajah Nora yang tersenyum memandang kamera manakala Nedim pula sedang memeluk anaknya.
 

Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikut IGnya.
 
[[BACA: Nora Danish Dapat Baby Boy]]
 
Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9.
 
Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.
 
Foto: Instagram @boss_ned
 
Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan