Pelakon cantik Nora Danish telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 9.05 pagi tadi di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Bayi lelaki seberat 2.98 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan caesarean.

Suami Nora, Nedim Nazri turut berkongsi rasa syukurnya menerusi IG storynya sebentar tadi.

"Syukur Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki. Kita akan berkongsi wajah Ney Ney Insya-Allah tidak lama lagi. Terima kasih untuk doa anak semua," kata Nedim.

Nedim turut merakamkan detik-detik Nora keluar dari bilik bersalin dalam keadaan tersenyum.

Terdahulu, menerusi kemas kini Instagram Nedim, pelakon filem Polis Evo itu disahkan akan bersalin sekitar minggu ini.

BACA: NEDIM SAHKAN NORA DANISH BAKAL BERSALIN DALAM MINGGU INI

Nora pada asalnya memberitahu dia dijangka bersalin pada 9 Mac 2018.

Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9.

Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.

Tahniah diucapkan kepada Nora dan Nedim!

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @bossned