Bekas anggota kumpulan Wonder Girls, Sunye akui lebih selesa bersalin di rumah berbanding di hospital.

Sunye mendedahkan perkara itu menerusi rancangan berjudul ‘Stranger’ yang bersiaran baru-baru ini.

Kata Sunye, dia berasa selesa kerana sudah terbiasa dengan keadaan persekitaran di rumahnya.

“Saya tidak biasa dengan keadaan persekitaran di Kanada dan saya tidak mahu melahirkan anak di hospital yang saya tidak berapa ‘familiar’.

“Jadi perkara itu membuatkan saya lebih selesa untuk bersalin dirumah sendiri,” katanya yang kini menetap di negara berkenaan.

Dalam pada itu, ditanya oleh ibu mertuanya sama ada dia akan melakukan perkara yang sama jika mempunyai rezeki untuk memiliki anak ketiga, Sunye kemudiannya menjawab “Ya’ sambil tersenyum.

Terdahulu, Sunye sebelum ini telah melahirkan dua anaknya, Hailey dan Elisha di rumahnya.

Foto: IG @seonye.m

Sumber: Allkpop