Buat pertama kalinya, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mendedahkan foto ‘baby bump’.

Nabila yang merupakan kakak kepada selebriti popular, Neelofa memuat naik foto terbaru itu di akaun Instagram (IG) miliknya menerusi ruangan IG Story sebentar tadi.

Foto tersebut merakamkan gambar ‘selfie’ Nabila dari sebelah sisi yang menampakkan bentuk perutnya yang semakin membesar.

“Kamu tersangatlah disayangi, tak sabar nak lihat kamu nanti,” tulisnya ringkas.



Dalam pada itu, Nabila juga turut meletakkan IG Story berkenaan di ruangan ‘highlight’ IGnya dengan kapsyen ‘baby A’.

Khamis lalu, Nabila memuatnaik foto bersama kapsyen bertulis “Alhamdulillah, berkat doa semua kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah daripada Allah S.W.T”, sekaligus mendedahkan berita kehamilannya.

[[BACA: “Alhamdulillah, Dikurniakan Rezeki Terindah” - Noor Nabila Hamil]]

Foto: Instagram @noornabila

Teks oleh: Mya Amri