Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali sah bergelar suami kepada pelakon Shakilla Khoriri dengan dua kali lafaz pada ham 10.37 pagi tadi.

Fizi dan Shakilla itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.

Fizi yang merupakan bekas peserta program On Air menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan manakala Shakilla membalas tujuh dulang hantaran kepada Fizi.

Bagaimanapun, nilai wang hantaran yang diberikan oleh pihak Fizi kepada Shakilla dirahsiakan jumlahnya.

Fizi dan Shakilla menjalin ikatan pertunangan pada 16 Julai 2017 selepas empat tahun menyulam cinta.

Mereka berkenalan pada tahun 2012 ketika sama-sama menjalani penggambaran telefilem Tuty Polkadot.

Sumber: Mstar
Foto: Instagram Fizi & @712studios