Shah & Anna Penyampai Radio GEGAR Bercinta?

17 Februari 2018. 4.00 PM
6,327
Hiburan
Shah & Anna Penyampai Radio GEGAR Bercinta?
Kemesraan antara dua orang penyampai radio GEGAR, Shah dan Anna nampaknya terbawa sehingga ke luar konti.

Mereka yang sama-sama mengendalikan segmen Gegar Pagi dikatakan kini sedang menjalin hubungan cinta.

Menariknya, hubungan mereka yang berawal dengan benci kini sudah bertukar menjadi sayang.

Jangan risau kerana semuanya hanya merupakan salah satu plot penceritaan dalam web drama 13 episod yang berjudul Cinta Sumbak.

Buat julung kalinya, GEGAR mempersembahkan Cinta Sumbak web yang menampilkan bakat-bakat lakonan penyampai-penyampai radio GEGAR seperti Shah, Anna, Rezz, Ewan, Suzana dan juga Nazz.

Cinta Sumbak merupakan sebuah drama yang mengajar erti sebenar nilai sesuatu hubungan percintaan dan juga persahabatan.

Menceritakan tentang dua sahabat yang ditemukan di satu tempat kerja yang sama, hubungan mereka berawal dengan benci hingga bertukar menjadi cinta.

Halangan dan konflik yang mereka lalui sepanjang perjalanan membina sebuah ikatan menyebabkan Shah dan Anna memilih keputusan untuk tidak meluahkan perasaan suka antara satu sama lain dan hanya teruskan hubungan sebagai kawan baik.

Cinta Sumbak bersiaran bermula 15 Februari 2018, setiap hari Khamis jam 9 malam hanya di YouTube dan Facebook Gegar.my.

Bermula episod 5 hingga 13, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penampilan istimewa artis-artis terkenal yang turut dipersembahkan dalam drama ini sebagai cameo di setiap episod.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 

Artikel Berkaitan