Pelakon Izreen Azminda, 31, mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat terutamanya nasi demi untuk kelihatan langsing di televisyen.

Izreen memberitahu telah mula mengambil nasi seminggu sekali semenjak anaknya, Muhammad Adrian Umar dilahirkan, tiga tahun lalu.

“Selepas bersalin berat badan saya mudah naik, jadi untuk nampak kekal langsing terutama di televisyen saya perlu kurangkan makan nasi atau roti yang mengandungi karbohidrat.

“Saya terpaksa amalkan pemakanan sebegini, kerana bagi saya pelakon perlu nampak cantik dan penjagaan badan penting untuk kelihatan elok di televisyen.

“Pada mulanya dulu saya akui memang sukar juga mengawal pemakanan tetapi bila lama-lama saya sudah biasa dan tiada masalah dengannya,” katanya kepada Suudu.

Selain mengurangkan nasi, Izreen turut berkongsi beberapa tips untuk kekal langsing yang lain seperti mengurangkan makanan ringan dan sebagainya.

“Saya kurangkan makan nasi tak bermakna saya tidak makan langsung. Saya akan ambil makanan lain seperti oat dan sup ayam atau apa-pap pun sup pun.


“Malah untuk memberikan tenaga pada tubuh badan saya, saya akan ambil minuman seperti milo hampir setiap hari.

“Selain itu saya juga elak untuk makan makanan ringan atau junk food yang mempunyai kalori dengan sangat tinggi,” beritahunya.

Hasil daripada pemakanan yang diamalkan itu, Izreen memberitahu dia dapat mengekalkan bentuk badannya untuk nampak langsing dengan berat sebanyak 53 kilogram sahaja.


Muat turun aplikasi Suudu untuk mendapatkan segala resepi yang enak dan mudah disediakan serta menyihatkan dalam telefon pintar anda menerusi Google Play atau App Store.