Isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengumumkan dirinya hamil cahaya mata pertama mereka.

Nabila yang juga merupakan kakak kepada aktres Neelofa itu memberitahu berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya hari ini.

Dia juga turut berkongsi foto ‘ultrasound’ khas buat tatapan pengikut IGnya.

“Alhamdulillah, berkat doa semua kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah daripada Allah S.W.T.

“Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna. InshaAllah, amin. #somethingsweetisbaking,” tulisnya.

Alhamdulillah berkat doa semua, kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah dari Allah swt. Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna insyaAllah Amin ❤️??? #somethingsweetisbaking

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Dalam pada itu, ruangan komen IG Nabila dan Sharnaaz sudah mula dihujani ucapan tahniah dan mereka juga mendoakan agar kandungannya sentiasa sihat.

Nabila dan Sharnaaz mendirikan rumah tangga pada 31 Mac tahun lalu.

Foto: Instagram @noornabila