Sempena menyambut Hari Kekasih, pengacara Awal Ashaari telah membuat kejutan istimewa untuk isterinya, Scha Al- Yahya semalam.

Awal tidak dapat menyambut Hari Kekasih bersama Scha hari ini kerana perlu terbang ke New Zealand, namun ia bukan alasan untuk membuat isterinya rasa istimewa dan disayangi.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Awal memuat naik sebuah video dia menyembunyikan hadiah berupa barang kemas jenama Swarovski di bawah bantal isterinya.

Menurut Awal, ia adalah cara yang selalu dilakukan sebelum ini untuk isterinya, namun sudah lama tidak berbuat demikian.

"Hari kekasih dah nak tiba tetapi saya tiada di Kuala Lumpur.

"Jadi saya ada hadiah untuk Scha yang tidak sempat untuk dibalut.

"Saya nak buat perkara yang selalu saya buat sebelum ini tapi dah lama tak buat ini.

"Saya akan sorok hadiah ini di bawah bantal dan buat-buat seperti saya tidak tahu apa-apa.

"Nanti biar dia jumpa sendiri," katanya dalam video tersebut.

Rata-rata peminat memuji Awal dan merasakan suami yang sangat romantik dan 'sweet' .

Bulan Februari selalunya dikaitkan dengan month of love, so Awal pun taknak lah biar isteri kesayangan saya rasa tak disayangi.. hahaha so sebelum suami dia fly ke New Zealand haritu, dia sempat lah buat sesuatu.. So isteriku, jika anda ternampak post ni, tepuk tepuk lah bantal awak time nak tido tu.. jangan pulak awak tidur bilik @laraalanaa pulak! ? #longdistancerelationship #swarovski

A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on


Scha kemudian telah memuat naik video yang memberitahu dia sudah membuka hadiah tersebut dan gembira dengannya.

Lepas tepuk tepuk bantal semalam, dapat this ✨✨✨ . Next month nak tepuk tilam pulak lah , mana tau lagi besar benda kita tepuk, lagi besar gift kita dapat ? Thank you @awalashaari for the gifts #swarovski ♥️✨

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on


Foto/video: Instagram Awal Ashaari