Fasha Sandha Tak Sengaja Dedah Sari Yanti Hamil, Instagram Mula Dihujani Ucapan Tahniah

13 Februari 2018. 5.01 PM
41,470
Hiburan
Fasha Sandha Tak Sengaja Dedah Sari Yanti Hamil, Instagram Mula Dihujani Ucapan Tahniah
Menerusi salah sebuah entri di laman Instagram Fasha Sandha, pelakon itu memuat naik video bersama aktres Sari Yanti dan jurusolek selebriti, Tiar Zainal.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Fasha, dia gembira kerana berpeluang bekerjasama dengan Tiar dan Sari untuk majalah EH!.

Namun begitu, ada bahagian kapsyen yang ditulis oleh Fasha menarik perhatian netizen.

"Fun moments with the famous and talented @tiarzainal and gorgeous preggy mom talented actress @sariyanti. Thank You EH and Dior Malaysia @abidinkhairul and team," tulis Fasha.



Perkongsian Fasha menerusi kapsyen tersebut sedikit sebanyak memberi kejutan kepada orang ramai mengenai berita kehamilan Sari. 

Mungkin semuanya terjadi secara tidak sengaja, tetapi pastinya ramai peminat yang terkejut dan gembira mendengarnya.

Biarpun berita mengenai kehamilan itu belum disahkan sendiri oleh Sari dan suaminya, pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu, laman Instagram pelakon cantik itu telah mula dihujani dengan ucapan tahniah.




Pastinya ramai peminat setia Sari dan Jep tidak sabar mahu menantikan cahaya mata mereka.

Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 34, selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sari & Fasha

Artikel Berkaitan