Penyanyi kumpulan UNIC, Bazli terkejut apabila isterinya menghantar sekeping foto anaknya, Affan yang berada dalam keadaan luka teruk dan berlumuran darah di kepala.

Bazli turut berkongsi foto tersebut di akaun Instagram (IG) peribadinya.

Menurut Bazli yang ketika itu sedang bekerja dihubungi isteri di rumah yang anaknya luka akibat jatuh dan terkena bucu di dinding.

Tanpa berlengah lagi, Bazli terus bergegas ke hospital tempat anaknya dikejarkan.

Anak ayah @affan_bintangsyurga luka.. Berderau ayah td tgh meeting d astro tiba2 mama call gtau nada berbeza affan jatuh. Terus pecut ke pantai hospital ampang. Bismillah...

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on


Saat melihat keadaan anaknya itu, Bazli sempat menyamakan Affan seperti anak di Syria yang sedang ditimpa peperangan.

Namun, Bazli positif menerima keadaan anaknya itu kerana berpendapat anaknya sedang melalui proses pembelajaran hidup.

dah mcm anak syria ayah tgk affan.. insya Allah xd pape. lari2 trhantuk bucu dinding. affan sedang lalui proses kedewasaan. doakan yg terbaik utk affan. @affan_bintangsyurga

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on


Rata-rata peminat dan pengikut IG turut mendoakan agar anaknya segera sembuh

Foto: Instagram Bazli