Fazura & Fattah Amin Adakan Majlis Resepsi Khas Untuk Peminat 11 Mac Ini

12 Februari 2018. 4.01 PM
8,787
Hiburan
Fazura & Fattah Amin Adakan Majlis Resepsi Khas Untuk Peminat 11 Mac Ini
Pelakon Fazura mengesahkan bakal mengadakan satu majlis resepsi khas buat peminatnya pada 11 Mac ini.
 
Fazura memberitahu majlis yang akan diadakan pada 25 Februari ini diadakan secara tertutup dan hanya untuk ahli keluarganya sahaja.
 
“Saya minta maaf, majlis resepsi yang bakal diadakan pada 25 Februari ini akan diadakan secara tertutup untuk kedua-dua belah pihak keluarga sahaja.
 
“Namun saya dan Fattah akan adakan sebuah lagi majlis resepsi khas buat peminat kami pada 11 Mac ini.
 
“Sekarang saya sedang sibuk menyiapkan beberapa persiapan untuk perkahwinan kami,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Fazura dan Fattah Amin selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara, 27 November tahun lalu.
 
Penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu memberitahu dia sangat teruja untuk naik pelamin sekali lagi.
 
“Saya sangat teruja untuk naik pelamin dengan orang yang saya sayang sekali lagi.
 
“Berdebar itu mungkin ada tapi lebih kepada perasaan teruja untuk bersama-sama dengan orang yang selama ini menyokong dan bersama saya,” katanya lagi.
 
Fazura bakal muncul dalam supertelemovie Astro First Exclusive, Janji Zehan yang akan mula ditayangkan pada 14 Februari ini di Astro First (saluran 480).

Foto: Instagram @missfazura
 
Teks oleh: Syafiqah Jalal
 

Artikel Berkaitan