Perkongsian perbualan isteri kepada pengacara AJL32, Alif Satar, Shadila Halid sejurus sebelum mengendalikan rancangan itu malam tadi menyentuh hati netizen.

Shadila memuat naik perbualan ringkas antara dia dan Alif bersama kiriman mesej cinta serta kata-kata semangat di Instagram Story malam tadi.

"Saya akan mengacarakan AJL sekarang, sekadar ingin berbicara dan mengatakan saya cintakan kamu. Saya tidak boleh melakukannya tanpa kamu 'baby'," tulis Alif untuk Shadila.

Perbualan itu viral di media sosial yang rata-ratanya memuji kecintaan Alif terhadap isterinya serta kredibiliti pengacara lelaki itu mengendalikan pentas AJL.

"Teks yang ringkas boleh membuatkan wanita lebih gembira berbanding harta benda," puji seorang pengguna Twitter.

"Sweetnya Alif untuk isteri dia," tulis @hayleyhuda.

"Dia lelaki sempurna," tambah seorang pengguna lain pula.

Alif dan Sherry Al-Hadad digandingkan untuk mengacarakan AJL 32 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Sebelum ini, Alif dan Sherry pernah disatukan untuk mengacarakan rancangan Rockanova yang pernah bersiaran di Astro Prima tahun lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG, Twitter