Selebriti Hollywood, Kylie Jenner memecahkan rekod 'like' terbanyak di Instagram selepas memuat naik gambar anak sulungnya, Stormi Webster.

Selepas dua hari memuat naik gambar Stormi di laman Instagram miliknya, foto tersebut meraih 15.7 juta 'like' daripada pengguna laman sosial itu.

Jumlah tersebut menjadikan foto Stormi sebagai gambar yang mendapat paling banyak 'like' di laman Instagram, memecahkan rekod penyanyi Beyonce.

Foto tersebut juga menerima hampir 920,000 komen daripada pengguna Instagram seluruh dunia.

Sebelum ini, Beyonce memegang rekod gambar Instagram dengan paling banyak 'like' selepas berkongsi foto pertama anak kembarnya pada Julai 2017.

Menerusi foto tersebut, Beyonce meraih 10.3 juta 'like' dan gambar itu tuurt dihujani 317,000 komen.

Stormi merupakan anak perempuan sulung Kylie, hasil hubungan mesranya bersama rapper Travis Scott.

Teks oleh: Kamaruddin Razal