Ali Puteh Tak Tidur Malam 'Handle' Pelawak Baru!

9 Februari 2018. 3.20 PM
1,426
Hiburan
Ali Puteh Tak Tidur Malam 'Handle' Pelawak Baru!
Pelawak anggota kumpulan Puteh, Ali mengakui sukar untuk tidur pada waktu malam disebabkan tekanan yang dialami sejak menjadi penasihat kepada kumpulan duo program Gegar Lawak.

Menurut Ali, dia mahu memasikan kesemua peserta dibawah bimbingannya melakukan yang terbaik untuk persembahan mereka pada setiap minggu.

“Sejujurnya bukan mudah untuk melatih pelawak-pelawak ini kerana mereka mempunyai perangai dan ragam yang tersendiri.

“Jadi saya harus mengenali mereka dengan lebih dekat supaya dapat mencari kekuatan yang ada pada setiap individu tersebut.

“Disebabkan itu saya sering tidak tidur malam apabila memikirkan mereka dan sering kali bertanya adakah mereka sudah ada cerita yang bagus untuk dipersembahkan pada setiap minggu.

“Saya cuba sedaya upaya untuk membantu mereka dari segi idea dan cara persembahan serta lawak yang mereka inginkan.

“Saya juga harus memastikan setiap daripada mereka mempunyai kekuatan dan perkara itu amat memeningkan kepala saya,”katanya kepada Astro Gempak.

Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
 
Selain Ali Puteh, program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik dan Dzawin  sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
 
Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.
 
Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
 
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK
 
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’. 

Artikel Berkaitan